Powered by Blogger.

Sunday, March 24, 2013

Program penempatan semula di timur Sabah-PM



KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melaksanakan program penempatan semula penduduk di beberapa lokasi di kawasan timur Sabah yang terdedah kepada bahaya penyusupan masuk pendatang asing tanpa izin dan orang tidak bernegara.
Katanya, inisiatif di bawah Bahagian III Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 itu diambil kerana menyedari punca utama kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan kawasan timur Sabah adalah disebabkan oleh kewujudan penempatan sedemikian.


"Kerajaan akan mempertimbangkan segala aspek mengenai penempatan semula itu termasuk mata pencarian orang yang hendak ditempatkan semula itu dan berunding dengan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung mengikut mana-mana berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Upacara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. - UTUSAN
Program penempatan semula di timur Sabah-PM Reviewed by Azizol Duralim on Sunday, March 24, 2013 Rating: 4.5

0 comments:

Post a Comment