Kursus Pendek | Pembangunan Blog

Powered by Blogger.

Sunday, March 24, 2013

Program penempatan semula di timur Sabah-PM



KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melaksanakan program penempatan semula penduduk di beberapa lokasi di kawasan timur Sabah yang terdedah kepada bahaya penyusupan masuk pendatang asing tanpa izin dan orang tidak bernegara.
Katanya, inisiatif di bawah Bahagian III Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 itu diambil kerana menyedari punca utama kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan kawasan timur Sabah adalah disebabkan oleh kewujudan penempatan sedemikian.


"Kerajaan akan mempertimbangkan segala aspek mengenai penempatan semula itu termasuk mata pencarian orang yang hendak ditempatkan semula itu dan berunding dengan Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung mengikut mana-mana berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Upacara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. - UTUSAN

Pengenalan Kepada Komputer

etiap kali pertukaran semester baru, semester pengajian seseorang pelajar akan terus meningkat dan secara automatik status 'MENDAFTAR' dan 'LATIHAN INDUSTRI' seseorang pelajar semester sebelumnya akan bertukar kepada status 'BELUM MENDAFTAR' pada awal sesi baru..

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak kolej (Unit Pengambilan) dan Pensyarah Kelas/Penasihat Akademik dalam mengemaskini status pelajar 'BELUM MENDAFTAR' ini...


1. Surat panggilan mendaftar kepada semua pelajar 1&3 (sem lepas) / pelajar tangguh / pelajar tak layak LI (Unit Pengambilan)

dan seterusnya pada hari pendaftaran...

2. Pelajar membayar yuran pengajian di Kaunter Pentadbiran.

2.1 Pelajar yang menjelaskan yuran pengajian akan mendapat resit rasmi kerajaan (kuning) dan seterusnya pelajar berjumpa Pensyarah Kelas/Penasihat Akademik mereka.

2.2 Pelajar yang ingin menangguhkan pembayaran yuran pengajian, perlu membuat permohonan rasmi kepada Pengarah Kolej dan selepas itu barulah boleh berjumpa Pensyarah kelas utk mengemaskini pendaftaran mereka.